SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLING TENPIN MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10 Jun 2013

TERIMA KASIH DAUN KELADI....

Warga kerja Bahagian Sukan, KPM dan JK Pengelola Kejohanan Boling Tenpin MSSM Edisi ke 14 dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor Darul Takzim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan yang penuh gemilang. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kontinjen dan para atlit yang bersungguh-sungguh mempamerkan aksi terbaik dan memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam sukan boling tenpin.

Akhir kalam, pihak penganjur memohon seribu kemaafan di atas segala kelemahan yang berlaku dalam penganjuran tahun ini. Semoga semangat kesukanan, setiakawan, kerjasama dan integriti akan terus menjadi teras dalam mengangkat lebih ramai bakat-bakat baru sebagai pelapis atlit-atlit Kebangsaan.

Sekali lagi, syabas kepada mereka yang berjaya! Selamat tinggal Johor Darul Takzim. 

Kuala Lumpur, bersedialah menanti gegaran kuasa daripada atlit-atlit boling MSSM 2014! 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

MAKLUMAN - MUAT TURUN GAMBAR DARI GALERI

Kepada sesiapa yang ingin memuat turun foto-foto di sepanjang Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2013 Edisi Ke-14 yang lalu untuk tujuan laporan, perkongsian di laman-laman sosial atau pun untuk simpanan sendiri, kini anda boleh berbuat demikian kerana proses memuat naik foto-foto tersebut telah selesai dijalankan.

Bagi mendapatkan foto yang BERSAIZ PENUH (2 mb - 8 mb setiap satu dan sesuai untuk cetakan) sila muat turun dengan cara Klik pada foto yang dikehendaki > Klik pada butang ACTION > Pilih dan klik butang DOWNLOAD PHOTO (rujuk screen shot di bawah).



Jika anda terus membuat RIGHT CLICK pada gambar dan kemudian menekan SAVE AS / SAVE LINK FILE AS, foto masih boleh dimuat turun tetapi pada resolusi previu sahaja yang hanya sesuai untuk dikongsikan di laman-laman sosial tetapi tidak sesuai untuk cetakan.

Jika terdapat masalah, sila tuliskan di ruangan KOMEN di bawah.

Terima kasih di atas sokongan anda di sepanjang kejohanan ini berlangsung!



9 Jun 2013

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BOLASEPAK DAN BOLING TENPIN MSSM 2013

Bertempat di Stadium Pasir Gudang, majlis penutup Kejohanan Bolasepak dan Boling Tenpin MSSM 2013 telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Majlis ini telah dimulakan dengan perlawanan akhir pertandingan bolasepak Bawah-18 tahun antara Terengganu dan Melaka yang berkesudahan dengan kemenangan 4-0 menjadi milik Terengganu.

Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan penutupan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd Nor Bin A. Ghani, Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Beliau kemudian telah menyampaikan hadiah kemenangan kepada semua pasukan yang bertanding. Bagi Kejohanan Boling Tenpin, hadiah yang disampaikan ialah Pasukan Terbaik Keseluruhan (Selangor), Pemain Terbaik Lelaki (Selangor) dan Perempuan (Pahang).

Dengan berakhirnya majlis ini pada kira-kira jam 11 malam, maka dengan rasminya tamatlah kedua-dua kejohanan bolasepak dan boling tenpin yang telah dianjurkan dengan jayanya di negeri Johor.

Tahniah kepada semua pemenang dan jumpa lagi di Kuala Lumpur tahun 2014 nanti.

1Murid 1Sukan. Majulah Sukan Untuk Semua!






















TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2013 Edisi ke-14 ini. Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan untuk kejohanan di edisi-edisi yang seterusnya.