31 Mac 2014
28 Mac 2014
HARI KE EMPAT
Kejohanan berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Juara dalam kalangan juara bertanding dalam acara Masters dan Step Ladder. Lapan lane menjadi tumpuan penonton yang sentiasa setia memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
Hari ini satu lagi rekod kejohanan berjaya dicipta.
Upacara Penyampaian Hadiah telah dilaksanakan pada jam 4.30 petang. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidkan JPN WPKL iaitu Tuan Haji Ismail bin Musa dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan iaitu Tuan Hj Rofli bin Mohamed. Atlet-atlet yang menerima hadiah adalah untuk acara Bergu, All Events dan Masters bagi kategori perempuan dan lelaki bawah 15 dan 18 tahun.
Post Mortem harian dibuat pada jam 5.00 petang. Bagi memeriahkan suasana kejohanan, pada jam 8.45 malam , berlangsung pula acara untuk pegawai bagi memberi ruang dan peluang melepaskan keinginan bermain serta keseronokan bersama setelah masing-masing sibuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

27 Mac 2014
26 Mac 2014
REKOD BARU KEJOHANAN 2014
Tiga rekod baru telah berjaya dicipta pada hari ketiga kejohanan berlangsung.
1. Acara Bergu (Perempuan Bawah 15 Tahun)
Pasangan Puteri Anis Nurfiqah binti Megat Muhammad Munir dan Nur Syazwani binti Sahar dari Selangor mengatasi rekod yang dipegang oleh Iffah Nadhirah binti Mohd Farid dan Ayra Nur Jehan binti Aminuddin juga dari Selangor (2012) dengan jatuhan pin sebanyak 2533 berbanding 2410.

2.Acara All Event (Perempuan Bawah 15 Tahun)
Nur Syazwani binti Sahar dari Selangor sekali lagi meneruskan kecemerlangannya dengan mencatat rekod baru bagi kategori ini iaitu sebanyak 2662 jatuhan pin berbanding 2613 pada tahun 2011 yang dipegang oleh Steffira Zeandra Greater dari Sabah.
3. Acara Bergu (Lelaki Bawah 18 Tahun)
Pasangan Muhd Nor Zairee Shah bin Sumaree dan Amirul Akmal bin Ferdaus dari Johor berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh Ahmad Muaz bin Mohd Fishol dan Mohd Amirul bin Che Ahmad dari Kedah (2010) dengan jatuhan pin sebanyak 2757 berbanding 2679.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN......
TAHUN | |||||
2011 |
HARI KETIGA
Pertandingan hari ini berjalan seperti yang dijadualkan. Atlet yang bertanding begitu bersemangat dengan sokongan moral yang diberikan oleh pengurus, jurulatih dan keluarga.
Pada jam 1.30 tengahari pertandingan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana bapa kepada salah seorang atlet perempuan bawah 15 tahun iaitu adik Nadia daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah kembali ke rahmatullah. Tempat Nadia telah digantikan oleh pacer agar pertandingan bergu dapat diteruskan apabila Nadia dihantar pulang.
Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada adik Nadia dan keluarganya. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.
Majlis Penyampaian hadiah bagi acara individu telah disempurnakan pada jam 3.00 petang.
Pertandingan berakhir pada jam 7.40 malam.