SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLING TENPIN MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

26 Mac 2014

HARI KETIGA

Pertandingan hari ini berjalan seperti yang dijadualkan. Atlet yang bertanding begitu bersemangat dengan sokongan moral yang diberikan oleh pengurus, jurulatih dan keluarga.

Pada jam 1.30 tengahari pertandingan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana bapa kepada salah seorang atlet perempuan bawah 15 tahun iaitu adik Nadia daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah kembali ke rahmatullah. Tempat Nadia telah digantikan oleh pacer agar pertandingan bergu dapat diteruskan apabila Nadia dihantar pulang.

Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada adik Nadia dan keluarganya. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Majlis Penyampaian hadiah bagi acara individu telah disempurnakan pada jam 3.00 petang.

Pertandingan berakhir pada jam 7.40 malam.

2 ulasan: