SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLING TENPIN MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

18 April 2012

HARI PERTAMA PERTANDINGAN

17 APRIL 2012
PREMIUM LANES, BAYAN BARU PULAU PINANG
8.30 pagi - 11.00 malam
__________________________________________

BLOK 1 - ACARA INDIVIDU PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

Acara pertama yang berlangsung pada pagi ini adalah acara Individu Perempuan Bawah 12 Tahun.  Seramai 56 orang atlet murid mengambil bahagian dalam acara ini yang terdiri daripada 14 buah negeri.  Hanya Wilayah Persekutuan Labuan tidak menghantar penyertaan pada tahun ini.






 ___________________________________________________________

BLOK 2 - ACARA  INDIVIDU LELAKI BAWAH 12 TAHUN

Dalam blok kedua  acara Individu Lelaki Bawah 12 Tahun telah berlangsung pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang, .  Seramai 56 orang atlet murid mengambil bahagian dalam acara ini yang terdiri daripada 14 buah negeri.








 ___________________________________________________________


BLOK 3 - ACARA INDIVIDU PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

Dalam blok ketiga acara Individu Perempuan Bawah 15 Tahun telah berlangsung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.  Seramai 56 orang atlet murid mengambil bahagian dalam acara ini yang terdiri daripada 14 buah negeri.





 _____________________________________________________


BLOK 4 - ACARA INDIVIDU LELAKI BAWAH 15 TAHUN

Blok terakhir hari pertama  adalh acara Individu Lelaki Bawah 15 Tahun telah berlangsung pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.  Seramai 56 orang atlet murid mengambil bahagian dalam acara ini yang terdiri daripada 14 buah negeri.





______________________________________________________

PENCAPAIAN ATLET PADA TAHUN INI MENINGKAT

Pertandingan pada kali ini menunjukkan pencapaian atlet dalam sukan boling meningkat.  Sebanyak 2 rekod kejohanan baru pada hari pertama ini iaitu bagi acara Individu Perempuan Bawah 12 Tahun  oleh atlet dari Wilayah Persekutuan, Shazreen Nadiah Teh dengan jatuhan pin 755. Rekod pencapaian bagi acara Perempuan Bawah 12 Tahun sebelum ini dipegang oleh Ayra Nur Jehan Binti Aminuddin dari MSSM Selangor dengan jatuhan pin 739 pada tahun 2009 di Kedah.

Manakala pemegang rekod baharu bagi acara Individu Lelaki Bawah 15 Tahun adalah Adam Rahimi Bin Hazmi dari MSSM Kelantan dengan jatuhan pin sebanyak 1337.  Rekod pencapaian Lelaki Bawah 15 Tahun sebelum ini dipegang oleh Xavian Ang juga dari MSSM Selangor dengan jatuhan pin 1304 pada tahun 2005 di Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan