SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLING TENPIN MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

28 Mac 2014

HARI KE EMPAT

Kejohanan berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Juara dalam kalangan juara bertanding dalam acara Masters dan Step Ladder. Lapan lane menjadi tumpuan penonton yang sentiasa setia memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Hari  ini satu lagi rekod kejohanan berjaya dicipta.


Upacara Penyampaian Hadiah telah dilaksanakan pada jam 4.30 petang. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidkan JPN WPKL iaitu Tuan Haji Ismail bin Musa dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan iaitu Tuan Hj Rofli bin Mohamed. Atlet-atlet yang menerima hadiah adalah untuk acara Bergu, All Events dan Masters bagi kategori perempuan dan lelaki bawah 15  dan 18 tahun.

Post Mortem harian dibuat pada jam 5.00 petang. Bagi memeriahkan suasana kejohanan,  pada jam 8.45 malam , berlangsung pula acara untuk pegawai bagi memberi ruang dan peluang melepaskan keinginan bermain serta keseronokan bersama setelah masing-masing sibuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

3 ulasan:

  1. Hari ini hari terakhir acara berpasukan.

    Secara keseluruhan, saya berpendapat blog ini tidak banyak memberi info kepada pelbagai pihak terutama ibubapa yang tidak dapat hadir kerana keputusan penuh perlawanan spt bergu masih tidak diterbitkan.

    Maaf kata, blog ini seolah hanya blog peribadi dan bersifat syok sendiri.

    BalasPadam
  2. Yang berbahagia tuan boleh klik di sebelah kanan blog untuk mendapatkan keputusan rasmi yang telah dimasukkan setiap hari without fail.

    Terima kasih atas komen ikhlas tuan.

    BalasPadam