Pertandingan dimulakan dengan acara individu. Pengadil dan pegawai bertugas telah bersedia di tempat masing-masing seawal jam 7 pagi lagi.
Kita bertuah pada hari ini kerana Pengarah Bahagian Sukan, Puan Ee Hong telah sudi datang meninjau perjalanan kejohanan di Mega Lanes.
Mesyuarat Post Mortem diadakan sebaik sahaja tamat pertandingan iaitu pada jam 8.30 malam.
Sila klik untuk keputusan rasmi:
KEPUTUSAN ACARA INDIVIDU
Memaparkan catatan dengan label KEJOHANAN BOLING U15 & U18 2014. Papar semua catatan

26 Mac 2014
24 Mac 2014
HARI PERTAMA
Kontinjen mula bergerak dari hotel Sri Petaling ke Mega Lanes Sunway pada jam 10.00 pagi dengan menaiki bas untuk latihan penyesuaian gelanggang.
Majlis Perasmian telah berlangsung pada jam 3.30 petang dimulai dengan perarakan masuk pengadil dan kontinjen negeri. Encik Nor Azlan selaku wakil Pengarah JPN WPKL telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis kemudiannya telah dirasmikan oleh Dato P.S. Nathan iaitu Presiden Persatuan Boling Tenpin Malaysia.
Mesyuarat PTPS Bil 2/2014 pula telah dijalankan pada jam 4.30 petang sebaik sahaja selesai majlis perasmian dan tamat pada pukul 6.30 petang.
Taklimat kepada pengadil telah diadakan bermula jam 6.45 petang dan berakhir pada jam 7.45 malam. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pengadil iaitu Encik Mohd Yusof daripada Pahang. Seramai 48 orang pengadil hadir mendengar taklimat berkenaan.

23 Mac 2014
SEHARI SEBELUM KEJOHANAN
Kontinjen telah mula mendaftar diri di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur kecuali kontinjen Sabah, Selangor dan WP Putrajaya. Kontinjen dari Sabah menginap di Hotel Sun Inn, Bandar Sunway manakala kontinjen Selangor menginap di Sunway Tower, Selangor. Kontinjen WP Putrajaya pula tidak menginap di mana-mana asrama atau hotel.
Taklimat kepada Pengurus Pasukan telah berjaya dilaksanakan pada jam 8.00 malam di Bilik Function 1, Aras 2, Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh En Nor Azlan (Ketua Unit Sukan JPN WPKL). Semua pengurus pasukan dari 15 buah negeri hadir kecuali WP Labuan yang tidak menghantar pasukan pada kali ini.
Antara pengisian taklimat ialah ucapan daripada Ketua Sektor Kemanusiaan iaitu Tuan Haji Rofli, ucapan wakil Bahagian Sukan dan penerangan daripada En Ahmad Haridan (PTPS MSSM) dan Pn Azizah (PTPS WPKL).
Pengundian juga diadakan sebaik sahaja selesai ucapan dan taklimat. Majlis taklimat berakhir pada jam 10.30 malam.

Langgan:
Catatan (Atom)