SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLING TENPIN MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

23 Mac 2014

SEHARI SEBELUM KEJOHANAN

Kontinjen telah mula mendaftar diri di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur kecuali kontinjen Sabah, Selangor dan WP Putrajaya. Kontinjen dari Sabah menginap di Hotel Sun Inn, Bandar Sunway manakala kontinjen Selangor menginap di Sunway Tower, Selangor. Kontinjen WP Putrajaya pula tidak menginap di mana-mana asrama atau hotel.

Taklimat kepada Pengurus Pasukan telah berjaya dilaksanakan pada jam 8.00 malam di Bilik Function 1, Aras 2, Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh En Nor Azlan (Ketua Unit Sukan JPN WPKL).  Semua pengurus pasukan dari 15 buah negeri hadir kecuali WP Labuan yang tidak menghantar pasukan pada kali ini.

Antara pengisian taklimat ialah ucapan daripada Ketua Sektor Kemanusiaan iaitu Tuan Haji Rofli, ucapan wakil Bahagian Sukan dan penerangan daripada En Ahmad Haridan (PTPS MSSM) dan Pn Azizah (PTPS WPKL).

Pengundian juga diadakan sebaik sahaja selesai ucapan dan taklimat. Majlis taklimat berakhir pada jam 10.30 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan