SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLING TENPIN MSSM, BAHAGIAN SUKAN, SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

9 Jun 2013

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BOLASEPAK DAN BOLING TENPIN MSSM 2013

Bertempat di Stadium Pasir Gudang, majlis penutup Kejohanan Bolasepak dan Boling Tenpin MSSM 2013 telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Majlis ini telah dimulakan dengan perlawanan akhir pertandingan bolasepak Bawah-18 tahun antara Terengganu dan Melaka yang berkesudahan dengan kemenangan 4-0 menjadi milik Terengganu.

Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan penutupan oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd Nor Bin A. Ghani, Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Beliau kemudian telah menyampaikan hadiah kemenangan kepada semua pasukan yang bertanding. Bagi Kejohanan Boling Tenpin, hadiah yang disampaikan ialah Pasukan Terbaik Keseluruhan (Selangor), Pemain Terbaik Lelaki (Selangor) dan Perempuan (Pahang).

Dengan berakhirnya majlis ini pada kira-kira jam 11 malam, maka dengan rasminya tamatlah kedua-dua kejohanan bolasepak dan boling tenpin yang telah dianjurkan dengan jayanya di negeri Johor.

Tahniah kepada semua pemenang dan jumpa lagi di Kuala Lumpur tahun 2014 nanti.

1Murid 1Sukan. Majulah Sukan Untuk Semua!






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan